Apabila dilihat dan difikir-fikirkan, Kemajuan Pemikiran Rakyat Malaysia tidak seiring dengan Pembanguan yang diwara-warakan para pemimpin kita. Paling jelas terutamanya ketika kempen meraih undi. Pemikiran Masyarakat Tidak Seberapa Mencakar Langit. Andai ada Mencakar Langit sekalipun, Cakarnya tidak berapa Mencengkam.
Adakah Malaysia sebenarnya masih mundur
Namun tidak pula menafikan Malaysia merupakan sebuah negara Membangun andainya membangun itu diukur dengan jumlah banyak bangunan-bangunannya. Tetapi Adakah kemajuan sesuatu bangsa itu diukur dengan jumlah bangunan-bangunan yang mencakar langit.
Walaubagaimanapun rasa megah berada di negara yang banyak bangunan ini tidak dapat dinafikan. Sayangnya Kemajuan sebuah Bangsa itu tidak tepat jika diukur dengan bilangan bangunan yang ada. Sesuatu bangsa itu lebih tepat diukur dengan kemajuan pemikirannya Bangsa yang maju pemikirannya itulah sebenarnya bangsa yang maju. Perbezaan bangsa berfikiran maju amat berbeza dengan pemikiran bangsa yang mundur.
Cakarnya tidak Tajam dan tidak berapa Mencengkam
Ramai mengambil alasan kemajuan itu diukur dengan pembangunan rohani, namun skala ukuran itu hakikatnya tidak tepat. Pembangunan rohani itu hanya tambahan sahaja setelah kemajuan akal manusia dan bangsa itu berjaya dicapai.
Adakah masyarakat Malaysia maju pemikirannya
Sekali-sekala, cuba lihat cara berfikir rakyat Malaysia pada amnya. Buat satu perbandingan dengan masyarakat di negara lain. Supaya tidak timbul perbezaan jurang, Cuba bandingkan dengan negara serumpun seperti Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Bagaimana hasil perbandingan yang dapat taksirkan. Pastinya ada jurang yang sungguh jauh dalam kemajuan pemikiran rakyat Malaysia dengan negara-negara tersebut.
Perbezaan Pola Pemikiran
Perbezaan Jurang yang jauh mungkin dapat didekatkan dengan beberapa usaha tertentu. Namun wujud perbezaan jurang yang amat sukar untuk dirapatkan. Ia adalah Jurang Perbezaan Pola Pemikiran. Pola! Apa yang Difikir Rakyat Malaysia sehari-hariannya. Apa tajuk yang menjadi Bahan Bualan Apa yang Hangat dalam Perbincangan.
Malaysia di Sinilah Bermula sebuah Cinta
Sekali sekala apabila terlihat perkara yang dibual dan dibincangkan oleh bangsa-bangsa asing di beberapa laman forum. Sebagai Rakyat Malaysia di Sinilah Bermula sebuah Cinta, tiba-tiba timbul rasa rendah diri dan malu. Walaupun gambar profile kelihatan megah berlatarkan bangunan-bangunan yang mencakar-cakar langit.