Hubungan Murid Tahun 6 dengan Guru Terbongkar
Murid perempuan tahun 6 dirogol gurunya sendiri. Tragedi Rogol ini berlaku di Daerah Kanowit, Sabah. Kes telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
rePublish from http://memoirinsani.blogspot.com/2015/10/hubungan-murid-tahun-6-dengan-guru.html
Tragedi October 28, 2015 at 11:00PM
Murid perempuan tahun 6 dirogol guru yang juga merupakan guru serta warden asrama. Perubahan tingkah laku murid perempuan tahun enam yang baru sahaja selesai menjalani UPSR akhirnya terbongkar. Tindakan pantas nenek mangsa akhirnya membongkar hubungan sulit murid tahun 6 dengan gurunya. Pihak polis telah menahan suspek selepas menerima laporan polis dari nenek pelajar perempuan tersebut. Guru berusia 39 tahun merogol muridnya sendiri yang baru saja selesai menduduki Peperiksaan UPSR baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Konowit, DSP Ismail Mahmood, Suspek yang juga merupakan guru serta warden asrama di Konowit, Sabah. Kini, suspek sedang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sumber merujuk laporan Borneo Post.
Hubungan Terlarang Murid dan Guru
Hubungan Terlarang Murid Tahun 6 dengan Guru akhirnya Terbongkar. Sebelum ini telah tersebar khabar angin mengatakan murid perempuan tahun 6 itu ada hubungan cinta dengan guru tersebut. Nenek mangsa yang tidak senang dengan buah mulut masyarakat sekitar. Walaupun tidak percaya, namun perubahan tingkah laku cucu perempuannya menimbulkan rasa curiga.
Demi mengelakkan rasa syak wasangka, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu dan mendapati terdapat kesan koyak pada alat sulitnya. Memandangkan bentuk fizikal yang matang dimiliki mangsa, pihak polis tidak menafikan wujud jenayah rogol dalam kes tersebut kerana kegagalan guru tersebut mengawal nafsunya.
Murid perempuan tahun 6 dirogol gurunya sendiri. Tragedi Rogol ini berlaku di Daerah Kanowit, Sabah. Kes telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
rePublish from http://memoirinsani.blogspot.com/2015/10/hubungan-murid-tahun-6-dengan-guru.html
Tragedi October 28, 2015 at 11:00PM