Logo dan Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia
rePublish from http://memoirinsani.blogspot.com/2015/08/logo-dan-tema-hari-kemerdekaan-2015.html
Download, Peristiwa August 02, 2015 at 01:48AM
Download Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2015. Malaysia National Day 2015. Tema Sambutan Merdeka tahun 2015 ialah Sehati Sejiwa. Bermula tahun ini, Sambutan Kemerdekaan Malaysia dimaklumkan tidak lagi menggunakan ulang tahun sambutan seperti sebelumnya. Tiada lagi jumlah sambutan dan hanya tahun yang digunakan. Semua ini demi menyeragamkan sambutan antara Sarawak dan Sabah (16 September) dan Semenanjung (31 Ogos).
Logo Hari Merdeka 2015 Malaysia
Melihat Logo Hari Merdeka Malaysia jelas menggambarkan seluruh rakyat malaysia satu hati dan satu jiwa berdiri megah bersama kerajaan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015. Olehitu Program Hari Kemerdekaan 2015 perlu menekankan kepada Perpaduan dan Bersatu apabila "Sehati Sejiwa" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015. Download logo Merdeka 2015 #sehatisejiwa
Download Logo Hari Merdeka 2015
Download Logo Hari Merdeka 2015
Apa Tema Hari Kemerdekaan 2015
Tema Hari Kemerdekaan 2015 ialah Sehati Sejiwa yang menggambarkan perpaduan, kesefahaman, bersatu seluruh rakyat Malaysia. Selain melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung. ia turut membawa maksud budaya seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bekerjasama serta bersatu dalam apa jua kejayaan dan rintangan yang berlaku di negara yang tercinta.
Slogan Bersatu Sambut Merdeka
Hari Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan negara. Semenjak merdeka, seluruh rakyat Malaysia sehati sejiwa dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang. Semoga rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai dan sentiasa bersatu.
Program Hari Merdeka 2015 Sehati Sejiwa
Pada 31 Ogos setiap tahun, seluruh premis dan rakyat Malaysia akan mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan juga disambut di seluruh sekolah di bawah Kementerian Pendidikan demi memupuk semangat nasionalisme dan rasa cintakan negara di kalangan murid dan penduduk setempat. Sumber: Info, Gambar dan Logo Hotoh Media.
rePublish from http://memoirinsani.blogspot.com/2015/08/logo-dan-tema-hari-kemerdekaan-2015.html
Download, Peristiwa August 02, 2015 at 01:48AM