Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Sudah Berhenti Sekolah
rePublish from http://memoirinsani.blogspot.com/2015/12/remaja-13-tahun-bunuh-diri-sudah.html
Tragedi December 02, 2015 at 05:47AM
Pelajar Bunuh Diri di Simpang Tiga, Kampung Gong Kemuntong, Jertih. Remaja lelaki pelajar di tingkatan satu dipercayai menggantung dirinya dan mati bunuh diri dalam bilik tidurnya. Walaubagaimanapun disahkan Mangsa sudah berhenti sekolah dan tiada menglibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beberapa hari sebelumnya, Kesedihan dan Kekesalan Datuk Seri Najib Razak mengenai Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh diri kerana kecewa dengan SPM memberi Tamparan kepada Sistem Peperiksaan Kementerian Pendidikan.
Remaja 13 tahun disedari mati gantung diri setelah Abang iparnya memanggilnya beberapa kali untuk ke bandar Jertih. Namun tiada sahutan dari Mangsa yang ditegaskan sudah berhenti sekolah itu. Mencurigai ada sesuatu yang tidak kena, abang ipar mangsa bersama rakannya yang berada di rumah membuka pintu bilik.
Melihat adik iparnya tergantung tergantung di alang bumbung rumah. Sebaik menurunkan mangsa dan membuka tali yang terikat di leher, Abang ipar mangsa terus membawanya ke Hospital Besut.
Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia. bedah siasat oleh pihak Hospital Besut mendapati kematian mangsa berpunca daripada gantung diri dan tidak ada kesan kecederaan lain pada bahagian luar dan dalam badan. Extra: Kanak-kanak Malaysia Berisiko alami Masalah Mental .
Polis Daerah Besut mengesahkan kejadian itu memaklumkan bahawa mangsa menggunakan tali buaian yang digantung pada kayu alang rumah untuk membunuh diri. Pada hari kejadian, abang ipar ada memarahi mangsa kerana memukul anaknya. Siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di tempat kejadian dan polis masih menyiasat punca mangsa menggantung diri.
rePublish from http://memoirinsani.blogspot.com/2015/12/remaja-13-tahun-bunuh-diri-sudah.html
Tragedi December 02, 2015 at 05:47AM